Untuk review yang pertama ni saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi untuk panduan anda. Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Rugi rasanya jika anda tak memilih Langkawi sebagai destinasi percutian anda musim cuti sekolah ni. Kepada yang belum merancang percutian masih sempat lagi untuk membawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah sebegini lah waktu yang paling sesuai untuk membawa ank-anak bercuti. Jika ada duit lebih apasalahnya pergi melancong,bukannya selalu. Lagipun dapat juga lari dari stress di tempat kerja. Berikut adalah diantara destinasi pelancongan yang menarik di Langkawi. Jom tengok.
Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .
Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.
Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet juga di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . Ada orang kat opis saya dulu pernah cuba dan menjadi, mungkin tu secara kebetulan je. Apa-apa pun apa yang kita hajati perlulah diminta pada Allah swt.
Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang .
Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.
Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet juga di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut . Ada orang kat opis saya dulu pernah cuba dan menjadi, mungkin tu secara kebetulan je. Apa-apa pun apa yang kita hajati perlulah diminta pada Allah swt.
Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang . Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.
Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belah bebas cukai dengan pelbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut
Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .
Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15 meter telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Pelayaran ke pulau pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .
Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukan keberanian manusia bermain dengan buaya.
Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..
Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .
Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .
Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .
Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dari Lapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .
Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .
Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .
Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus
Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .
Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100km persegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .
Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .
Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
nice entry..he2..tanx
ReplyDeletesama-sama
ReplyDeleteagree,very informative.tak sabar nk g Langkawi bln depan.. keep it up!
ReplyDeletedihalisa: thanks
ReplyDeleteThanks for sharing..Jamal pun tak sabar jugak nak pergi Langkawi minggu depan nie..:-)
ReplyDeleteOil and Gas Blog
Salam, leh tak bagi info pasal bayarannyer...maksudnya kalau nak gi tempat2 yg disebutkan di atas tu mana yang masuk percuma dan mana yang masuk kena bayar?
ReplyDeleteMasuk tasik dayang bunting tu free tapi bot nak kesana kena bayar
DeleteCari homestay murah? Hotel budget? Chalet
ReplyDeleteklik disini. http://www.tinjau.net
*Anda mempunyai homestay, hotel, chalet atau apa sahaja perniagaan di Langkawi iklankan pernigaan anda disini.. http://tinjau.net/v1/marketplace-home/place-ad/
Jamaluddin Abu Bakar: Saya cadang nak pi tahun depan, tahun ni takda cuti dah. huhu
ReplyDeletesaya on d way nk p
ReplyDeletesemoga perjalanan tuan selamat pergi dan balik n enjoy holiday
Deleteha betul2 jga diri baik2 tau...
DeleteSAYA NK PI LANGKAWI SCHOOL HOLIDAY NI.. BAWAK FAMILY..MAK AYAH SKALI.. THNX 4 D INFO
ReplyDeletesyida: sama-sama. semoga selamt pergi dan balik. saya ada kawan di langkawi yang ada keta sewa. kalau berminat boleh hubungi saya nazri 012-5712470. saya tolong promote kawan je.
DeleteinsyaALLAH
Deletemcmne kite nk travel dari 1 tmpat ke 1 tempat dan package die mcmne?tau tak pe package yg sesuai?
ReplyDeleteSweetSkyres: saya cadangkan cik sewa kereta, pastu boleh jalan puas-puas n kita bleh tentukan masa kita
Deleteberapa errk sewa keta ?
Deleteketikketok: thanks coz jenguk blog saya. InsyaAllah saya akan jenguk blog tuan
ReplyDeleteLangkawi memang best, malangnya kali ke4 saya guna ejen, telah meniggalkan kenangan pahit di mana telah tertipu dan simpati kepada rakan2 yg first time sampai ke sana menjadi kenangan yang pahit...Apa2 pun bukan dsebabkan EJEN tersebut, saya tidak akan ke sana, insyaallah, kali ke 5 akan menyusul tidak lama lagi.
ReplyDeletemudah-mudahan percutian kali ini lebih seronok.adalah lebih baik pergi sendiri tanpa menggunakan ejen
DeleteSalam sya nak pi kursus di langkawi..first time...nak p melawat tempat2 menarik di langkawi..bileh bg suggestion ke
DeleteSalam...
ReplyDeleteNext month nk g langkawi...
First time...
So nk tanya tmpt ape yg plg perlu dilawati sebab 3hari je pg n istri sarat mengandung...
N dimana zon bebas cukai n tmpt plg bagus utk shopping?
Thanks
Tempat shopping yang saya biasa pi Ismail Group dan Idaman Suri. Best gak shopping sana.
DeleteOic thanks... Kat tmpt tu ada pelbagai brg ke?
ReplyDeleteN then boleh rekemen resort yg plg menarik n harga berpatutan?
Thanks
kat sana macam-macam ada. memang best
DeleteSo informative. kalau dgn gambar tempat-tempat, hotel berdekatan dan cara bagaimana ke sana, lebih lengkap dan one stop info
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan. Saya akan tingkatkan info blog ini pada masa akan datang
DeleteSalam..sangat berinformasi..
ReplyDeleteInsyaAllah hujung thun ni pegi sana dgn member..
Memandgkan sy org Sabah, infomsi tuan semangnya sgt berguna. bas yang bergerak dr 1 lokasi ke lokasi ada x? igt mahu eksplore dgn nek bas ja..
THX.
wasalam.
Deletethanks. pada pandangan saya lebih mudah naik kereta. kereta sewa pun banyak. kalau pergi bukan musim cuti sekolah, kereta sewa murah
26/5/2012 Langkawi tunggu saya!!
ReplyDeleteinfo yg menarik..thanks!hehe.. bakal pergi langkawi untuk kali ke 4.. =)
ReplyDeleteramai betul yang suka pi langkawi ye. saya pun suka pi langkawi
Deletekat langkawi..apa tempat makan yg best, sedap n harga berpatutan ek..pernah pergi skali tapi sgt menyakitkan hati apabila terpaksa tunggu lama untuk makanan sampai then x sedap n harganya teramat mahal..
ReplyDeletelangkawi x best
ReplyDeletelangkawi best la der...lu kot yg xbest..hehe
DeleteCultures have taught people to prepare popular types of ethnic foods. There is constrast in texture and also contrast in taste from one to another and usually people eat with their eyes. It is only when you taste the foods that you can confirm what you see. Antique to Astrology, Bread to Baskets, Clogs to Clans or from Cosmetic to Costumes, Fashion to Food, History to Heritage … to Zodiac Study, Jonker Walk is waiting for you to expose her. The old and the new, the bad, the good and the ugly. Walk on the past, the present and the future of a street that was influenced by Parameswara, Admiral Zheng He, Afonso de Albuquerque, Saint Francis Xavier, Sir Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman, Sir Stamford Raffles, Sultan Muzaffar Syah, Johan van Twist, Archibald Brown and so on.
ReplyDeleteZoom in to Jonker and share with your friend if you have been there; also share with your friend if you have not been there. Many have yet to discover its’ beauty. Thank you. Have a nice day.
Nikmatilah adat resam perkhawinan Melayu Melaka di sini.
salam..sy bercadang nk buat lawatan smbil belajar bawak budak skolah bln mac taun dpn..ni tengah srvey2 la ni..boleh tolong bg idea tmpat2 yg sesuai untk sy lawat..
ReplyDeletebest ye...sye br f1..kelas sye nk gi melancong kt langkawi untuk akhir sem 2 nie..sye kene ambik peranan untk menjaga pelancongan nie..arap akak/abg blh tengk blog sye lps sye pegi langkawi..insyallah..sye update..thanks :)
ReplyDeleteinformation yg sgt brguna......helang coklat...kite bertemu d sana....semoga perjalanan pergi & pulang selamat semuanye ....insyaallh...amin...
ReplyDeleteterima kasih
Deletesabtu ni nak naik flight pi langkawi (10 nov 12)..
ReplyDeletethanks sebab share tempat2 yg menarik
sama-sama tuan. terima kasih kerana sudi singgah
DeleteEntry yg sgt berguna.
ReplyDeletesama-sama tuan.terima kasih kerana sudi singgah
DeleteJika anda bercadang untuk bercuti ke Melaka Bandaraya bersejarah untuk penginapan sila hubungi kami
ReplyDeletehttp://www.ibilik.my/rooms/186191/sansi-homestay-017-6854967
terima kasih
satu blog yang baik tentang infomasi tempat-tempat menarik tiap2 negeri di dalam malayasia jangan lupa juga sabah dan sarawak
ReplyDeleteterima kasih tuan kerana singgah di blog ini. next entry saya akan update tentang sabah n sarawak pulak
Deletehurm x sabar plak nak pg langkawi dgn teman2.. actually dulu dah pg dah.. tp dgn family.. tp kali nieh lg teruja sbb pg dgn teman2 plak....langkawi.. tunggu kedatanganku..................
ReplyDeleteblh tak suggest tempat2 menarik di langkawi yg blh dilalui olh kerusi roda @ wheelchair.
ReplyDeletesaya dh pi dh tmpat tuuuuuu
ReplyDeleteTerima Kasih .. Sebb Membantu .. dapt jugk saye siap karangan ni .. Alhamdulillah .. :) (y)
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Salam Admin, Mohon share info ini. TQ.
ReplyDeleteLangkawi mmg best utk dilawati, justeru saya ada menawarkan tempat penginapan yg selesa utk para pengunjung yg inginkan keselesaan seperti di rumah anda sendiri.
Bumi Langkawi Homestay mempunyai 4 bilik yg berhawa dingin beserta 2 bilik mandi dan 2 ruang tamu yg berhawa dingin. Di samping itu jg, kami turut menyediakan dapur utk memasak dan mesin basuh utk kemudahan anda sepanjang berada di Langkawi.
Bumi Langkawi Homestay mempunyai 3 unit homestay yg sama size dan susun aturnya.
Lokasi yg strategik iaitu berdekatan dgn hospital Langkawi serta:
* 10 minit drive utk ke Kuah,
* 10 minit drive utk ke Pantai Chenang,
* 30 minit drive utk ke Cable Car.
Selain itu, Homestay ini berada di kawasan perumahan:
* 3 minit jln kaki ke kedai runcit taman.
* 3 minit jln kaki ke kedai gamat Warisan Sireh Lagenda.
* 5 minit drive ke kedai makan ikan bakar.
Untuk booking bolehlah call kami direct di talian 012-4757880 (Pn, Lathifah) @ boleh layari kami di website bumilangkawi.com dan seterusnya melalui fan page di FB https://www.facebook.com/bumilangkawi?ref=hl
cable car memang best!
ReplyDeleteWoww ..hujung bln nanti ada trip.so,blehlah lawat tempat2 ni....#$
ReplyDeleteWowww....Bestt pergi PULAU LANGKAWII😊😊😊
ReplyDeleteWowww....Bestt pergi PULAU LANGKAWII😊😊😊
ReplyDelete