Followers

Wednesday 16 March 2011

Tips melancong

1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu dan cuti sekolah. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan. Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.


2. Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.
Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk mencari sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, tempat penginapan, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah untuk mencari maklumat ini adalah menerusi internet. Dengan membuat kajian seperti ini akan dapat menjimatkan masa dan wang anda.

3. Sediakan pakaian secukupnya.
Sebelum pergi melancong pastikan anda telah memasukkan pakaian yang secukupnya ke dalam beg anda. Pastikan anda buat perkara ini lebih awal kerana dikhuatiri anda akan tertinggal pakaian yang diperlukan.

4. Bawa peta
Peta adalah sangat penting.Jangan melancong tanpa peta.Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.
5. Gunakan khidmat agensi pelancongan.
Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu atau membuang waktu untuk mencari tempat yang anda kurang arif tentangnya. Percutian anda akan lebih bermakna dengan agensi ini kerana jadual anda pasti padat dengan aktiviti menarik.

5. Rancang destinasi anda
Perancangan memang diperlukan apabila anda pergi melancong kerana ia akan menjimatkan masa anda. Buat jadual tempat-tempat yang anda ingin kunjungi. Pasti percutian anda akan menjadi lebih teratur dan selesa jika ada perancangan yang baik.
6. Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti. Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.

7. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Jika anda mahu bercuti ke luar negara, anda perlu menukar mata wang terlebih dahulu untuk berurus niaga. Anda digalakkan menukar wang anda terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara. Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.


Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.


2 comments:

  1. Cari Homestay murah seluruh Malaysia Visit http://tinjau.net/v1/marketplace-home/browse-categories/?category_id=24

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...