Followers

Tuesday 10 December 2013

Tahun Melawat Malaysia 2014


Kempen Tahun Melawat Malaysia datang lagi. Kempen terkini ialah Tahun Melawat Malaysia 2014. Kerajaan akan melancarkan karnival bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada 18 hingga 20 Januari 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh dilawati dan menjanjikan pengalaman percutian yang sangat best yang belum dilawati oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Melaka dan Johor.

Tuesday 24 April 2012

Vote saya untuk Malaysia International Tourism Bloggers Awards

Baru-baru ini saya ternampak di Facebook seorang blogger iaitu yanmieonline.com yang join contest Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards. So saya pun teringin la juga nak join sebab kebetulan saya ada  blog Tourism.

So saya nak minta tolong jasa baik pembaca blog ini untuk vote saya dalam kategori:

1. Malaysia International Tourism Destination Blog
2. Malaysia International Tourism Blog of the Year

Cara vote senang je:

Sunday 22 April 2012

Tempat-tempat menarik di Cameron Highlands


Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut.
Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929.
Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama.

Thursday 1 March 2012

Tempat-tempat menarik di Melaka

Melaka terkenal dengan sejarah dan tempat pelancongannya yang cantik dan menarik. Oleh itu anda tidak akan rugi jika melancong ke negeri Melaka. Antara tempat-tempat menarik di Melaka ialah:-


Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.

Wednesday 14 December 2011

Pulau-pulau menarik di Terengganu

Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...