Followers

Monday, 10 October 2011

Tempat-tempat menarik di Kelantan

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Kelantan yang boleh dikunjungi. InsyaAllah anda tidak akan rugi jika bertandang ke Kelantan. Antara lokasi yang perlu anda kunjungi ialah:


Pasar Besar Siti Khadijah



Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.



Pantai Cahaya Bulan


Pantai Cahaya Bulan atau dahulu dikenali dengan nama pantai Cinta Berahi sebelum nama ditukar oleh Menteri Besar Kelantan. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh



Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

Rantau Panjang



Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

Pantai Sri Tujuh



Mungkin ramai tidak tahu Pantai Sri Tujoh di Jajahan Tumpat, Kelantan terhasil daripada pembentukan tujuh teluk. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran. Tambahan pula, apabila melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai.

Gunung Stong



Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.

Bank Kerapu



Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1912, bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh "The Mercatile Bank of India Ltd". Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan.


Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.


3 comments:

  1. bru balik dari wakaf che yeh smalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaf che yeh memang best. rantau panjang pun best coz harga barang kat situ lagi murah dari padang besar, perlis

      Delete
  2. Interesting...
    pastikan kamu mengunjungi Indonesia bersama
    Dunia Wisata Tour Organizer
    call 0341-456444
    web www.duniawisataku.com
    Enjoy travelling wit us!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...