Followers

Wednesday 14 December 2011

Pulau-pulau menarik di Terengganu

Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.


Monday 10 October 2011

Tempat-tempat menarik di Kelantan

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Kelantan yang boleh dikunjungi. InsyaAllah anda tidak akan rugi jika bertandang ke Kelantan. Antara lokasi yang perlu anda kunjungi ialah:


Pasar Besar Siti Khadijah



Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

Sunday 9 October 2011

Tambang murah ke Johor


Untuk maklumat lanjut sila ke Airasia.com


Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.

Tuesday 3 May 2011

Tambang Murah Firefly


Untuk entri kali ini saya ada berita gembira untuk anda. Firefly menawarkan tiket sehala berharga RM9.00* sahaja.

Dari Subang ke Penang
Dari Subang ke Kota Bharu

Dari Penang ke Langkawi
Dari Penang ke Kota Bharu



Monday 2 May 2011

Festival Pengantin Putrajaya 2011


Untuk pengetahuan anda pada 6 hingga 8 Mei 2011 ini akan diadakan Festival Pengantin Putrajaya 2011 bertempat di Putrajaya International Exhibition Convention Centre. Antara produk atau perkhidmatan yang akan dipamerkan ialah andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, kad kahwin, cenderahati perkahwinan, perhiasan dan aksesori, dewan majlis perkhidmatan, ejen pelancongan, pusat penjagaan kecantikan dan perkhidmatan katering.

Pihak penganjur juga menyediakan hadiah untuk pengunjung yang bertuah. Antara hadiah yang disediakan ialah:


Wednesday 13 April 2011

Tiket penerbangan murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini Air Asia menawarkan tiket serendah RM 29.00 ke destinasi Asia Tenggara. Kepada yang ingin merancang percutian sekitar April hingga Jun 2011 boleh la tempah tiket anda sekarang sehingga 17 April 2011. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari airasia.com


Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.

Wednesday 30 March 2011

Tiket melancong yang murah


Anda ingin pergi melancong tapi tiada budget? Tahukah anda dengan Air Asia anda boleh pergi melancong dengan kos yang rendah. Anda boleh tempah tiket anda sekarang dan terbang pada 11 Novemver 2011 hingga 29 Februari 2012. Apakah kelebihan anda tempah tiket sekarang dan terbang dalam suatu tempoh yang lain? Yang pertama sudah tentu anda dapat tiket yang murah. Yang kedua anda boleh mengumpul wang untuk anda melancong dan yang ketiga anda boleh merancang tempat yang ingin dilawati dan tempat anda ingin menginap. Berikut adalah maklumat mengenai tiket tersebut:


Saturday 26 March 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini datang lagi. Untuk pengetahuan anda program ini akan diadakan di tempat biasa iaitu PWTC, Kuala Lumpur pada 22 April hingga 1 Mei 2011. Program akan berlangsung dai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kepada peminat buku jangan lupa senaraikan program ini ke dalam jadual anda, kalau boleh setkan jadual dalam telefon anda dan pasangkan alarm supaya anda tak lupa. Kalau nak beli buku banyak-banyak simpanlah duit anda dari sekarang supaya boleh borong buku kat sana.hehehe.


Friday 18 March 2011

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011


Untuk makluman  anda semua terdapat Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 yang diadakan di lokasi seperti dinyatakan di bawah:

Tarikh  : 17 - 20 Mac 2011
Masa   : 07:00 am - 09:00 pm
Tempat: Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya, Malaysia.

Wednesday 16 March 2011

Tips melancong

1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu dan cuti sekolah. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan. Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.

Monday 14 March 2011

Tempat-tempat menarik di Langkawi


Untuk review yang pertama ni saya nak berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi untuk panduan anda. Pulau Langkawi merupakan antara tempat yang menarik untuk dilawati. Rugi rasanya jika anda tak memilih Langkawi sebagai destinasi percutian anda musim cuti sekolah ni. Kepada yang belum merancang percutian masih sempat lagi untuk membawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah sebegini lah waktu yang paling sesuai untuk membawa ank-anak bercuti. Jika ada duit lebih apasalahnya pergi melancong,bukannya selalu. Lagipun dapat juga lari dari stress di tempat kerja. Berikut adalah diantara destinasi pelancongan yang  menarik di Langkawi. Jom tengok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...