Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.
Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.
Pulau Perhentian
Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.
Pulau Kapas
Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.
Pulau Gemia
Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.
Pulau Tenggol
Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.
Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.
Pls beri suggest pulau apa yg paling best. Selain mandi kolam di hotel sbb ada anak kecil. Suami sy suka mkn mkan yg sedap di gerai makan selain mkn di hotel
ReplyDeleteSelain dari terngganu melaka juga jangan lupa anda lawati untuk tempahan rumah penginpan
ReplyDeletehttp://www.ibilik.my/rooms/186191/sansi-homestay-017-6854967
memang bagus
ReplyDeletepulau ape yg sesuai di Terengganu untuk honeymoon ye????
ReplyDeleteBoleh ke Pulau Gemia @ Lang Tengah kerana lebih privasi :)
DeleteSy sorg runner pekej cuti pulau redang
ReplyDeleteSesiape yg berminat nk ke redang boleh call/wasap no
0179799773 @ lawat fb page
Blackyellowholiday
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete