Followers

Wednesday 14 December 2011

Pulau-pulau menarik di Terengganu

Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.



Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.


Pulau Perhentian

Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.


Pulau Kapas

Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.



Pulau Gemia

Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.




Pulau Tenggol

Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.


Jika anda sudi boleh "LIKE" atau "SHARE" kepada rakan anda di Facebook.

7 comments:

  1. Pls beri suggest pulau apa yg paling best. Selain mandi kolam di hotel sbb ada anak kecil. Suami sy suka mkn mkan yg sedap di gerai makan selain mkn di hotel

    ReplyDelete
  2. Selain dari terngganu melaka juga jangan lupa anda lawati untuk tempahan rumah penginpan

    http://www.ibilik.my/rooms/186191/sansi-homestay-017-6854967

    ReplyDelete
  3. pulau ape yg sesuai di Terengganu untuk honeymoon ye????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke Pulau Gemia @ Lang Tengah kerana lebih privasi :)

      Delete
  4. Sy sorg runner pekej cuti pulau redang
    Sesiape yg berminat nk ke redang boleh call/wasap no
    0179799773 @ lawat fb page
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...